Saturday, July 31, 2021

PENGALAMAN BELAJAR DI KV !!!! [PART 1]

 

Me & Kawan2 <3

Hello Guys ! Eh lupa bagi salam, Assalammualaikum semua. Hehehehe, actually aku ni dah lama berazam dan nak buat blog sebab nak ceritakan experience aku sepanjang belajar dekat salah satu Kolej Vokasional di Melaka. Jeng jeng jeng. Nak tahu kv apa, baca lah lagi sampai bawah. Apooo

So basically aku ditawarkan belajar 4 tahun lebih di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin (KVDSAZI) di Jasin bermula tahun 2016. Dulu kv aku memang namanya KV Jasin, tapi dah tukar la. So perjalanan aku before masuk Kv ni agak mencabar jugak sebab ada proses permohonan yang masa masa astu ada pulak temuduga. Jammed umur 16 dah rasa pengalaman temuduga. Hahahahaha. Korang wajib baca sampai habis k. Bnyak input nak bagi, cehhh

Sekarang dah tukar tau, Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin

So, pada awalnya bila aku tahu yang aku lulus nak masuk kv ni masa hujung Januari 2016, berat gak lah rasa hati. Nak kene tinggalkan kawan2, cikgu2 and so on. Awal2 mak aku pon macam tak yakin nak bagi aku masuk sebab yelah, takut rindu kot. Kihkihkih. Tapi berkat doa aku supaya Allah lembutkan hati mak aku, dapat jugak lah masuk. So awal feb 2016, aku daftar masuk kv and hostel sekaligus. First expectation aku, senior semua baik2 hawau. Hahahaha siap jaga tepi tangga, tolong angkatkan beg masuk dorm. Hmm tapi.....jeng jeng jeng

*Oh lupa bgitau, aku dapat Kos Pengurusan Perniagaan au. Banyak perempuan daripada Lelaki. Tacod

Basically yuran masuk kolej or yuran belajar and pibg takdelah mahal sangat. Sama je macam sekolah biasa or SMK sebab Kv kan dibawah Kementerian Pendidikan jugak. Hehehe. ramai ingat kv ni untuk budak2 bodoh, tapi korang SALAH ! Kitorg sama macam korang dekat SMK tu cuma bezanya sistem pembelajaran kitorg mengikut sem like U or Kolej. Subjek pon ikut kos kita sendiri. So agak heavy. Berani kau cakap KV senang eh. Babap kang tahu lah. Overall memang macam dekat U or Kolej dia punya sistem belajar. 

Masa 2016, aku dapat kelas Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) BPP. Bpp means shortform to Perniagaan punya kelas la. Keseluruhan batch aku masa tu ada 8 kos tak silap & paling ramai ah masatu. Lepas daftar, direct pergi koperasi untuk beli Baju Koprat and Cadar Selimut segala bagai. Nak bawak pi asrama kan. 

Macam ni la Baju Koprat KV. Logo je berbeza ikut KV masing2

Sampai2 je dekat Hostel, kitorg disambut baik dengan Senior2. Hensem2 sado2 masing2. Garang bethol. Takut tengoknyeee. Tapi diorang agak beradab la bila sambut. Bagusnya senior2 kv ni. Bantu tolong angkatkan barang, astu bantu kemaskan dorm awal2. Haa lagi satu, antara yang berkuasa di asrama selain warden ialah Exco. Urghhhhh of the badan kepimpinan yang aku rasa semua orang nak jadi kecuali aku. hahahaha vibes takdakkkkkkk. Exco semua baik2 je. Yeke ? Haa baca je lah...

Sampai je dorm, kemas barang2 masuk lokar, pasang cadar and lock lokar. Mak ayah aku pon bantu la. Diorang kemaskan apa yang patut. FIRST TIME WOOO DUDUK ASRAMA. So lepas kemas tu, mula lah emosi aku bercelaru sebab mak ngan ayah aku nak balik. NAK NANGIS!!!. Aku mengaku ye aku anak mak. hahahaah tk pernah berpisah nok. Berpisah pon pi Kem jeerrr. Tak lama macam duduk asrama. 2 minggu sekali balik. Ada yang sebulan sekali balik. Depends on takwin aktiviti asrama or kolej. Kau mampuuuu??  Dah mcm Azwan Ali dah gaya aku bercerita. Hahahaha chill leee

****************************************************************

Mak ayah aku pon dah masuk kereta and nak balik. "MAK JANGAN BALIK !!" Bisik Zarul dalam hati. Hehehehehe. Aku perasan je bila aku bersalaman ngan mak ayah aku, mak aku mcm tak tentu arah. Dalam kereta nampak lah dia kesat air mata. HAHAHAAHAHAH aku pon rasa nak nangis la. Ish bodowwwla. Bila diorg dah gerak balik, aku pon naik dorm. Before naik dorm, kenal la 2 ketul mamat yang sama dorm dengan aku, Aliff Haikal (John) dengan Aliffudin (Tenteng). Jangan pelik, tulah nama panggilan asrama kitorg. hahahaahaha Chill nama aku paling murni k

MALAM PUN MENJELMA.....

*Oh btw, dorm aku tingkat 3 blok D. 3D6. Big dorm ada lebih kurang 20 katil. Penat au daki tangga. Hmm

Malam first tu, kitorg dikejutkan dengan rocall by SENIOR!!! Takut tak? Takut tak ? Hahahaha, Seram Mat ! Kitorg as Jr kene berkumpul and duduk ramai ikut barisan dorm. Sambil dikelilingi senior. Nak kenal kot? Ntahla. Rupanya senior2 tu nak bgtau rules asrama and dorm. Ada exco sekali. Tapi seram lah juga, dengan muka garang diorg. Hmm, ingatkan nak buli.........

Untuk pengetahuan korang, macam biasa la. Budak baru ada orientasi. Tapi jangan tanya aku orientasi kitorg macam mana. Aku malas jawab. Hahahah bosan la. Tak Best sangat. Strict je exco and Mpp (Ha mpp ni lah yang aku minat nak jadi. Hehehehe nampak berkaliber gitu). 

MAKA BERMULA LAH KEHIDUPAN AKU SEBAGAI PELAJAR DI KV JASIN / KV DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN KOHORT 2016

So permulaan aku dalam kelas ada lebih kurang 28 orang student. Which is 9 Orang lelaki dan selebihnya perempuan. Ha kira lah sendiri. Maleh aque. So kitorg as Student Pengurusan Perniagaan ni basically belajar tentang pengurusan pejabat sambil diselitkan elemen-element penting dalam dunia perniagaan. Dari segi penyediaan dokumen perniagaan, perancangan majlis, meeting, komunikasi, alat komputer and perisisan, lawatan perniagaan and banyak lagi lah masa 2016 ni. Satu tahun ada 2 sem. So masa 2016 ni aku sem 1 and sem 2. 

So dalam kelas, aku suka duduk dekat bahagian depan. Sebab apa, entahla. CUkuplah jadi bodoh masa dekat SMK dulu. Its time to raise up and get higher. Untuk sistem belajar Kv lebih lanjut korang boleh tengok dekat laman web kementerian pendidikan or others blog sebab aku takut lain aku ceritakan kang. Ajaran sesat kang. Hahahaha. Pasal dalam kelas, xde benda menarik kot yang aku nak ceritakan sebab sama je macam dekat SMK. Tak jauh beza. Takde benda spesial pon. 

Aku ada sorg kawan baik dekat kv. Very closed friends dekat kv tapi di kos lain. Dia retailing. Represent to u, Yusri Ramli !!! One of my bestie this year and semester. Tapi aku perlu ucapkan selamat tinggal kat dia masa Sem 2 sebab dia dah pindah pergi sekolah biasa atas sebab privasi ya. Tak boleh cerita. 

So, aku agak aktif jugak dekat kolej sebab aku join banyk benda or event. Best la even kt kolej. Macam2 boleh join. Melalui kelab, sukan and others. Pernah lah join wakil rumah sukan hijau bertanding acara lontar peluru, lempar cakera lembing. Boleh lah setakat pingat gangsa ke perak tu. Kacang je la. Sebab senior2 aku ni kuat2 au. Tenaga harimau gaknya.

Untuk akademik pulak, aku antara best student. Cewah tapi okayhlah, aku berjaya buktikan aku makin improve dari sekolah lama sebab niat aku nak jadi pandai. Banggakan mak ayah. Untuk Semester 1, aku dapat anugerah pengarah dengan pointer 3.91 keseluruhan. Masa dapat tahu mmg kecoh lah. Sebab aku ni dahlah gemok, nampak macam takda masa depan. HAHAHAHAHA. Tapi alhamdulillah, i manage this. Untuk sem 2 pulak, i got drop tapi still best student jugak. Dapt Dekat dengan Pointer 3.8 lebih macam tu lah. Aku suka belajar dekat prep and belajar last minit. Rahsia kejaayaan maybe.

Bercakap pasal prep, asrama aku ni tak strict sangat. Takde prep pon.. Nak belajar pergi, taknak dok dorm. Asalkan jangn buat benda bukan2. Tapi mostly dok prep nak cas phone je sebab dalam dorm xde plug. sedih odo. 

**************************************************************************
JOM CERITA SIKIT PASAL ASRAMA/HOSTEL AKU PULAK

Aku duduk dorm yang penuh dengan junior sebaya aku and 2 abang senior tahun 2 atas kitorg. Kelakar and ... Haa tu jela. Hahahah. So dalam dorm ni lah aku kenal Syafiq Prince, Faris Yoie (Al fatihah), Umar and ramai lagi la. Tapi aku ni tak berapa rapat dengan lain. Syafiq pon one of my bestfriends. Insan yang aku paling sayang jugak dekat asrama ni. Always ada disisi aku. Selalu lepak dengan Adib, Haziq, Batik, Anaqie. Ha camni la. Kitorg selalu lepak dekat prep bawah sekali. Dekat dengan court bola tampar. Memalam dok situ, tido situ. Best woo. kalau tidur dorm ade je orang kacau. Hahahaha

Makan kat asrama sehari 5 kali. Pagi, lunch, petang, malam, supper. Lauk ? Jangan lah tanya. faham2 jela, dok asrama bukan dok hotel. Kekadang sabtu ahad aku selalu gak mintak mak aku hantau lauk sedap2. Hahahahaah, umah aku kat masjid tanah. Hampir sejam gak ah tapi xdelah lama nau. Kejap je sampai. Tak jem pon. 

Masa tahun 1 ni, mostly kitorg satu batch tak berapa aktif sukan sangat sbb senior je selalu main riadah. Kitorg takut. Kang kene buli ke ape ke. Hahahahahaha ada satu hari, aku join team bola sepak jadi keeper under senior nama tojie. Nama team kitorg PALING GANAS. paleotak ah, dalam gp aku senior 2 to 3 ketul je. Yang lain sume lemah2. ahahahahahaha ganas anjir. Ni sebab kitorg join Liga bola asrama. Nak taknak, main jelah nok. 

Cerita pasal sukan, aku pernah patah kaki masa join sukan asrama. Ada senior gemok yang pijak kaki aku (tak tahu la sengaja ke tak) ahahahah tapi tkpelah adat sukan. Astu aku kene simen kaki sebulan ah. Dahlah lagi berapa minggu nak final exam. Siot.

*************************************************************************
Masa kaki aku patah, aku kene duduk bilik Sakit. Reason aku stay asrama sbb minggu kaki aku patah tu adalah minggu aku exam. Jemmed pale otak. Sem 2. Aku bertongkat pi exam. Tapi syukur, ada hero bantu aku. Warden cikgu faif. Bawak aku pergi balik naik motor di ke dewan exam. Jarak nak pi exam dari asrama jauh au. Nak  menapak guna tongkat boleh sado tangan aku. Hahahahahah, astu kawan2 yang always ada masa aku sakit is Syafiq, Lehan, Aiman Kokak and ada la lagi dua tiga orang. Sangat pedih ya masa ni. Stress. Punca Sem 2 aku drop sikit pointer.
**************************************************************************

Last dalam PART 1  ni aku nak ceritakan pasal ending terbaik dalam life aku masa tahun1 merangkap 2016. Basically tahun 2016 ada pilihanraya mpp. Majlis Perwakilan Pelajar. Lepastu setiap program kene hantar bertanding. Untuk Program Pengurusan Perniagaan ada lebih kurang 6 calon. Aku salah sorang. Lepastu ada senior sorang and yang lain dalam kalangan budak kelas aku jugak. 

Untuk pilihan program hanya pelajar dari program sama je yang boleh undi. Macam aku, aku program BPP, so hanya pelajar bpp dari junior ke senior je yang akan undi. Nasib baik, aku dapat undian tertinggi untuk program Bpp and secara rasminya. AKU DAPAT JADI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR.

Apa role aku dalam MPP tu ? Tunggu Next Part. Thank You.


1 comment:

  1. Wah bagus la abang spill the tea. Terutama sekali berkaitan abe safiq tu.. cerita sikit bang

    ReplyDelete

PENGALAMAN BELAJAR DI KV !!!! [PART 1]

  Me & Kawan2 <3 Hello Guys ! Eh lupa bagi salam, Assalammualaikum semua. Hehehehe, actually aku ni dah lama berazam dan nak buat blo...